Isnin, 31 Januari 2011

BANJIR DI KULAIJAYA









Amaran Hujan Lebat, Berita Banjir Terkini Dikeluarkan pada: 3.50 petang 30/01/2011

Hujan lebat telah melanda daerah Kulai pada 30 Jan 2011 hingga 31 Jan 2011. Ini mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air. Antara kws terlibat seperti tanah rizab KTM, Sengkang, Kg Pertanian, Kg Rahmat dan lain-lain kws yg rendah.
Phak JPA dan bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yg terlibat dan terperangkap. Gambar-gambar yg dirakam ini telah diambil sewaktu hujan lebat itu berlaku di beberapa kws.

KMK BAHASA MELAYU.......


KMK Panitia BM telah diadakan untuk kali ke-2 pada 17 Jan 2011. KMK kali ini lebih berkisar tentang perbincangan sisipan matapelajaran PKJR yang diketuai oleh En. Mohd Shukri. Semoga dgn penerangan beliau, dapatlah membantu sedikit sebanyak guru2 BM di SKPK. Adios....

Khamis, 4 Jun 2009

Kejadian aneh: Lembu Di Panah Petir



Kejadian pelik ini berlaku pada 29 Mei 2009 di Ladang Estate Kelan. Sebanyak 32 ekor lembu telah mati akibat dipanah petir. Mujur tuan pengembala lembu tersebut tidak berada bersama dgn lembu-lembunya. Itulah bukti kekuasaan Allah s.w.t. yg maha kuasa.... Yg boleh menghidupkan serta mematikan sesuatu mengikut kehendakNya. Renung-renungkan dan slmt beramal.

Jumaat, 29 Mei 2009

Sambutan Hari Guru...



Gambar ini diambil ketika kami guru2 skpk sdg menjamu selera di Restoren Trisha sempena sambutan Hari Guru. Kelihatan wajah-wajah ceria guru-guru lelaki SKPK yg bersedia untuk menjamu selera. Makanan disitu amat enak sekali serta layanan yg diberikan oleh pelayan restoren juga ala-ala hotel 5 bintang. Yg menjadi lawaknya, meja kami adalah tmpt dimana segala makanan yg tidak habis akan dihabiskan oleh kami. Ini krn, cikgu2 yg berada di meja tersebut amatlah rakus meratah segala makanan yg dihidangkan. Kalau kepala gajah ada pun boleh abis.. Ha..ha..ha.. Adios!

Hari-hari petang yang indah


Buat khas untuk tatapan cikgu Bazrul... Semoga kenangan sebegini, mengeteh di kala ptg hari dapat menggamit sekelumit memori di lubuk hatinya. Jangan luper... aktiviti yg tidak mungkin kita lupakan. Abadikan selamanya..

Isnin, 20 April 2009

Penghujung Benua Asia..


Gambar ini diambil pada tahun 2007, ketika isteriku sdg mengandungkan anak sulung kami. Aku mengheret isteriku yg ketika itu agak sarat, berjalan beberapa kilometer menuju ke penghujung benua Asia. Dengan dikelilingi hutan paya bakau serta beruk2 yg berkeliaran kami gagahi juga menuju ke Glob ini yg menjadi lambang penghujung benua Asia. Apa2 pun kpd rakan2 yg belum smpi, jejak-jejak kan lah kaki anda disana krn ini adalah salah satu keunikan negara kita.. Adios..

Bila nak camping lagi!!




Gambar ini diambil semasa kami guru-guru lelaki SKPK bercamping di Punggai. Masa itu, kami sedang sibuk menyiapkan gajet untuk anak murid PBSM kami. Bukan setakat membantu, malahan kami sendiri yang membina gajet tersebut. Nasib tidak menyebelahi kami krn gajet kami tidak dipilih sbg pemenang. Apa-apa pun pengalaman pada waktu itu sgt berguna pd kami dan ternyata semangat berkumpulan kami sgt kuat. Semoga pada suatu hari, geng-geng ini akan bercamping semula di tmpt yg lebih mencabar...