Isnin, 20 April 2009

Penghujung Benua Asia..


Gambar ini diambil pada tahun 2007, ketika isteriku sdg mengandungkan anak sulung kami. Aku mengheret isteriku yg ketika itu agak sarat, berjalan beberapa kilometer menuju ke penghujung benua Asia. Dengan dikelilingi hutan paya bakau serta beruk2 yg berkeliaran kami gagahi juga menuju ke Glob ini yg menjadi lambang penghujung benua Asia. Apa2 pun kpd rakan2 yg belum smpi, jejak-jejak kan lah kaki anda disana krn ini adalah salah satu keunikan negara kita.. Adios..

Bila nak camping lagi!!




Gambar ini diambil semasa kami guru-guru lelaki SKPK bercamping di Punggai. Masa itu, kami sedang sibuk menyiapkan gajet untuk anak murid PBSM kami. Bukan setakat membantu, malahan kami sendiri yang membina gajet tersebut. Nasib tidak menyebelahi kami krn gajet kami tidak dipilih sbg pemenang. Apa-apa pun pengalaman pada waktu itu sgt berguna pd kami dan ternyata semangat berkumpulan kami sgt kuat. Semoga pada suatu hari, geng-geng ini akan bercamping semula di tmpt yg lebih mencabar...

Ahad, 19 April 2009

Mari ke Punggai!!


Masih ingatkah rakan-rakan sekalian XPDC kita ke punggai. Perjalanan yg mengambil mas lebih kurang sejam setengah telah memberi kami semua pelbagai pengalaman pahit n manis. Dengan kedatangan kami yang telah disambut oleh VIP seperti gmbr diatas cukup menggambarkan betapa seronoknya kami ketika itu. Dan saya terkenang, bilakah akan munculnya hari yang seperti hari itu. Semoga kita rakan-rakan semua terus bersatu walaupun ada dikalangan kita yang semakin jauh....

Isnin, 13 April 2009

Haiwan pun pandai berdamai


Gambar ini diambil semasa aku bercuti di kampung (kat tersang, kg isteriku). Melihat keakraban dua ekor binatang ini menyentuh jiwa ku ketika itu. Haiwan yang tidak mempunyai akal setinggi manusia pun boleh berdamai di antara satu sama lain. Inikan kita manusia yang dikurniakan semulia akal yang dapat berfikir waras. Renung-renungkan dan selamat beramal.....

insan yang ku sayangi


Gambar ini ialah gmbr isteriku bersama anak kami, Nur Qurratuaini Qistina. Mereka berdua adalah cahaya dalam hidupku. Tanpa mereka berdua gelap gelita lah dunia ini. Buat masa ini masih seorang anak. Belum tahu lagi bila nak tambah. Kalau ada rezeki kita terima..... tapi buat masa terdekat ni belum ada yang muncul lagi.. he..he.. Gambar ini diambil ketika bercuti di Melaka pada Tahun Baru Cina yang lepas...